SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, March 19, 2014

Adik Raaed dah 6 bulan


Alhamdulillah..
Adik Raaed dah genap 6 bulan 22 hari..
Injection untuk sampai usia 6 bulan dah complete, then sambung balik nanti maae umur 12 bulan.
Next week, second dose untuk Pneumococcal.
Mcm biasa lah di DEMC dgn Dr Koshi.




Adik makin banyak akal...
sesuailah dgn umur dia kan..
Masih lagi fully susu badan.
Alhamdulillah, syukur.. rezeki Raaed panjang dgn Mama.
Mama pun tak sangka dapat susukan adik sampai usia dia 6 bulan. Dah dapat sijil dah, Kalau orang amek pra diploma dah dapat sijil dah pun hehe.
Alhamdulillah, moga rezeki adik ada lagi sampai 6bulan lagi.
Amin amin amin...
Mama pun takde usaha nak tambahkan susu apa - apa, tapi alhmdulillah susu mencukupi utk dia setakat ni.
Mama cuma amek Ephyra + alfafa (shaklee). Mungkin tu lah milk booster utk Mama.
Then Mama makan macam biasa jer.



Adik dah start solid food.
Setakat ni mama dah bagi puree apple, pear, avacado, bubur nasi kosong ke dia.
Makan pun ala - ala... Tak banyak sangat.
Takpelah, as long asa dia tak meragam.
Mama kena rajin-rajinkan diri utk cuba resepi baru untuk dia.
Yelah, dah lebih 4 tahun tak buat baby solid food, rasa macam baru beranak sulung hehehe..






Oh ya, berat adik 6 bulan 9.1 kg !
Panjang 71 cm..
Ukur lilit kepala 43 cm ( tak silap Mama )
Alhamdulillah, adik membesar sangat - sangat - sangat sihat.
Ramai lah orang cakap Raaed bam bam, tembam, gemuksss dan sebagainya sesuai utk gambarkan saiz badan dia tu.
Mama tak kisahlah semua tu, janji adik sihat dan normal macam baby - baby lain.
Yang paling best, sedap digomol !!







Orang cakap (orang lg cakap) adik ni Malikha versi boboy..
Hehe iye ke???



Serupa ker???



Tang bambam tu memang serupa!!


Wednesday, December 18, 2013

Sindrom Anak Dua : Bila Outing

Last Sabtu weols keluar, ada hal....


First pitsop Klinik Ranjit, amek ubat Mama.. Ubat apa... ? Ade larrr hehehe rahsia dalam kain opsssss hahahahaa .... Second pitstop, Bazar Soho kat Rasta TTDI. Ok, first time ni sampai Rasta. Boleh follow kat Instagram #sohobazaar #rastattdi.. Banyak la seller - seller onlineshop yang bukak booth kat sana, macam - macam barang ada dijual. Harga pun murah la sebab walk in kan.... Singgah booth #shaylasouq untuk letak VS... oK, kite tengah buat clearance VS.... dah pencen dah jual VS ni... Tokey Shayla Souq, one of gud fren Izza yang create nama tudung/shawl sendiri yang berkualiti dan cantik - cantik designnya...




Ok, then terus proceed ke OU. Senanglah sikit, kebetulan nak top up stock barang baby n lunch sekali harung... Kite nak g JJ atau nama baru sekarang AEON [rasa kekok nak sebut AEON], kita lagi suka la beli barang budak - budak kat JJ macam bedak, toiletteries, wetwipe, detergen botol susu, detergen basuh baju dorang etc... Lunch kat Chicken Rice Shop... Dapat makan dengan penuh nikmat bila Raaed tidur sepanjang lunch time tu [susah nak menikmati makanan sekarang - harap maklum - sindrom anak dua lagi ;p ]









Cuma nak cerita, sekarang ni sejak anak dua semua kena buat laju - laju. Me as a mother of 2 now, rasa macam tak confident dan tak seronokla nak keluar shopping mall sekarang ni. Taktahu la kenapa... Sindrom anak dua kot. Padahal anak - anak ok jer... Sampai sekarang rasa tak confident, semua kalau boleh nak laju... Tapi Papa nya still dok slow situ ler. Hahaha, papa memang jalan slow, belek barang slow, fitting baju slow pendek kata memang lemah lembut penuh hemah lah haha opsss termengumpat lak... soryy Papa...



Sekarang kalau nak makan, nak kena tengok tempat. Kalau kat mall oklah, boleh pilih tepat makan yang ok, pastu dah masuk tu kena cari tempat - tempat tersorok or tepi - tepi dinding or hujung - hujung so that bila nak BF tu rasa safe and comfortable sikit.... Takde lah open sangat...



Malikha pulak macam tu lah. Diva kan ...? Selalu suruh die behave cuma bila ada la some part bila die insist sabar bila dia nak sesuatu... Bila ada benda yang dia rasa dia tak boleh sabar.. Ada benda dia boleh sabar, ada benda yang tak boleh. Bila tak boleh tu, tu yang ku rasa berpeluh ni.. Terus datang lagi sindrom anak dua haha. Dan - dan tu rasa nak jerit panggil dia ''hoi SABARIAH ! Sabar jap..!''... Huuhuhuuuhuhu... Sometimes rasa adik banyak mengalah dengan dia.



Baby Raaed ok, cuma kita perasaan sekarang dah pandai cepat bosan dok dalam stroller. Takleh stop lama, kena bagi stroller gerak - gerak. Dia macam teruja tengok orang, lampu - lampu, orang ramai. Bila angkat dokong, aduhai liar bijik mata....Bila lepak dalam BF Room pun sibuk nak dengar baby lain menangis...  Yelah, bro dah besar kan ! Makin banyak akal, makin pandai ngajor orang !



Kite pulak, setakat ni takde masa lagi nak shop barang - barang kita, even nak belek kasut ke handbag ke even seluar dalam sekali pun hahaha. Tak boleh la, kita rasa kita nak cepat....Sedangkan keluar ni Papa sempat lagi shopping seluar kerja tau. Sob sob sob, yelah kalau baby nangis, bukan Papa dia cari, Mama jugakk.... kan ???



Jadi agaknya sampai bila sindrom ni melekat kat kita yer ????? Bila fikir weeknd nak keluar memana mulalah kite berpeluh, kalut semacam. Rilex rilex rilex.... Anak - anak ok je, so far Raaed senang diurus, balik memana malam elok je tidonya sampai pagi, takde meragam takleh tido, toklaki pun banyak sabar... To myself, just please KEEP CALM and TAKE A BREATH !



Kalut ke tah pape je kita ni.


Bye !
Love.
xOxo

Tuesday, December 17, 2013

#throwback Likha Masuk Hospital

Ini bukanlah berita terkini lagi sensasi tapi adalah berita peram lagi basi ! Mehmehmemeh..


Nak jugak share kat sini sebab ni lah pengalaman paling takleh lupa setakat ni. Maklumlah tak biasa masuk - masuk hospital ni. First time untuk Malikha dan Mama, melainkan Mama masuk hospital masa beranakkan Likha dulu jer. Hehe serius... Kalau orang - orang kampung ni, takut sangatlah dengan hospital. Kalau boleh taknak masuk hospital, nape erk ?


Jadi Likha masuk hospital ni 31 Julai, minggu ke 3 bulan puasa. Memang dugaan jugaklah buat kami. Dengan kita yang sarat, backpain yang sangat teruk, dah la hari tu Likha last day sekolah, lagi seminggu nak raya, dengan kelam kabut nak balik kampung, tup tup on that day Likha muntah non stop..... Start pagi tu dengan pening kepala, haihhh pelik Mama bila dia mengadu sakit kepala or pening kepala.. Tak pernah - pernah sakit kepala, pandai pulak cakap yang dia sakit kepala. Mama picit - picit suruh dia tidur then tak jadi pastu muntah tak berhenti sampai die start lembek..


Terus decide and drive ke DEMC. Dalam kepala dah fikir ni mesti kena admitted ni sebab ku pun taktahu nak buat apa. Sampai DEMC pun dh 3pm macam tu, lengang je kat PAED, terus jumpa Dr Ahmad. He check up then suruh warded, yang Papa pulak tak setuju. Pas bincang - bincang oklah masuk wad. Yelah, Mama tak reti la nak handle, muntah non stop, masa depan Dr Ahmad tu dia dah lembek dah, dah dehydrated, Dr kata kalau lambat datang boleh effect kidney dia. Nurse uruskan pasal kemasukan ke ward. Likha suspect kena viral infection + food poisoning.


2 hari 1 malam weols berkampung di DEMC. Berbuka dan bersahur..  Duk je rest kat DEMC, makanan berbuka Ciklah yang siapkan... hari pertama Ciklah kasi nasi kerabu siap ayam percik dan dessert. Hari kedua nasi putih lauk kampung.. Memang asalnya pagi kejadian tu Ciklah dah called kata nak kasi Nasi Kerabu untuk berbuka puasa alih - alih berbuka di hospital hari tu.. Huuuu...


Bila muntah dah stop, badan pula panas. Demam panas pulak.. So under observation doctor n nurse la.






















Masuk hari ke 2 dah bosan dah. Ikutkan Malikha dah sihat cuma panas still on off. Minta dengan Dr nak discaj, aritu Jumaat kalau ikut plan asal Sabtu nak balik Kelate dah untuk sambut raya. Kita pun dah tak mampu lagi nak duduk  hospital dalam keadaan sarat masa tu... Dr datang cek itu ini bla bla bla.... kalau ikutkan kena warded 3 hari 2 malam, Dr benarkan untuk keluar asalkan Malikha sambung ubat demam di rumah dan monitor dia. Baiklah Dr. Malam tu lepas Isyak weols pun discaj lepas setel bil - bil hospital semua. Luckily, semua under insurance, deposit yang kita bayar sebelum tu pun dah dibayar balik oleh pihak insuran. Untung ada insuran ni, alhamdulillah...




Terima kasih to Ciklah yang sediakan makan weols, Acu, Kak Ely, Maksu Ja, Mama Eja, Yaya, Fiyya, Papa Wan datang melawat Likha aritu siap bawak present semua.... Thanks a lot ! Kurus jap Likha lepas kluar spital he he he..



Kenangan kenangan..


Bye !
Love.
XoXo.


Monday, December 2, 2013

Raaed's 3rd Month Check Up


Sabtu lepas, appointment Raaed untuk cocok 3bulan di DEMC. Terpaksa tukar Dr Roliza ke Dr Koshy sebab last minute tukar date, Dr Roliza dah penuh. Dr Ahmad yang hensem Pakistan mari tu pulak cuti on that day, so amek lah dengan Dr Koshy, kira first time la ni jumpa Dr Koshy. Baru dengar cerita Mami Cha, Dr Koshy ni funny hahahaha. Ok kita tengok.



Rupanya, hari Sabtu ramai sungguh orang kat DEMC ! Happening gils........ Hihi. Turn pun terpaksa tunggu dalam 10 orang camtu. Bosan lah jugak kan.. Banyaklah babies kiri kanan kat paed clinic tu hihihi.. Kerja daku duk ulang alik breastfeeding room. Malikha dengan Papa buat hal dia... Hehehe...


The bosan adik

The bosan Kakak

The bosan Mama
The bosan Papa




Akhirnya giliran Raaed.... Banyaklah sesi suai kenal dulu dengan Dr Koshy, yelah Dr Koshy frenly dan kelakar ! Haahaha, lepas je kena cocok Raaed nak cebek - cebek dah nangis tapi Dr Koshy gelak kuat  - kuat sambil tepuk punggung dia kuat - kuat hahaha tk jadi nak meraung.... Tapi actually, Dr pun takut dengan Raaed hihi sebab Raaed ni serius orangnya... Susah nak senyummm ! Tengok orang macam nak telan, lagi orang dekat muka nak kiss dia, lagi kuat dengar dia bernafas hahaha.. Oh man.... :D






Alhamdulillah, semua ok. Timbang berat dah 7.4 kg ko !! Mak ai ! Panjang dah 64cm... Masih dalam graf, belum lagi kluar graf... Mak ni risau sangat berat tu tak sesuai dengan umur tapi ye lah kan baru 3bulan dah 7kg lebih hihihi... Alhamdulillah, sihat sangat :))


Dah tahu dah Raaed serius ikut sapa.
Muahaha


Kat cashier sambung lagi bosan menunggu nak buat bayaran... Dah setel tu, terus shoot nak g makan. Sekarang ni kan musim hujan, ada baby kecik macamni kenalah jaga - jaga jangan sampai kena hujan..



Next month, start amek jab pneumococcal untuk 1st dose. Advice amek jab ni walaupun baby fully susu ibu sebab jangkitan kuman adalah melalui udara. So, jom support to pneumococcal injection untuk baby - baby yer untuk avoid pneumococcal disease... Kita usaha selebihnya tawakal...



Bye !
Love
:)